12th WARRIORS


KUALA LUMPUR - Tarikh melihat anak bulan bagi menentukan permulaan puasa bagi umat Islam di seluruh Malaysia ialah pada petang Ahad ini, 31 Julai bersamaan 29 Syaaban 1432 Hijrah.

Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, tempat melihat anak bulan adalah Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara (Melaka); Teluk Kemang (Negeri Sembilan); Bukit Melawati (Selangor); Pulau Angsa (Selangor); Bukit Jugra (Selangor), Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam (Selangor); Pantai Pasir Panjang (Perak); Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh (Pulau Pinang); Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda (Kedah); Pemandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah); Menara Alor Setar (Kedah).

Bukit Besar, Kuala Terengganu (Terengganu); Bukit Kemuning, Kemaman (Terengganu); Pulau Perhentian (Terengganu); Balai Cerap KUSZA, Setiu (Terengganu), Bukit Peraksi, Pasir Puteh (Kelantan); Bukit Kampung Tembeling, Kuala Krai (Kelantan); Menara Bangunan SEDC, Kota Bharu (Kelantan).

Tanjung Lubang, Miri (Sarawak); Teluk Bandung, Kuching (Sarawak), Tanjung Batu, Bintulu (Sarawak); Balai Cerap Al-Biruni, Putatan, Sabah; Bukit Tanjung Batu, Nenasi (Pahang); Gunung Berincang, Cameron Highlands (Pahang); Bukit Pelindong, Kuantan (Pahang).

Menara Universiti Malaysia Sabah (Labuan); Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur); Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis). Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab, dan pengisytiharan tarikh permulaan puasa akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja melalui radio dan televisyen pada malam itu juga.


Read More …


Orang kata, apabila usia sesebuah perkahwinan itu semakin meningkat, perasaan cinta terhadap pasangan masing-masing semakin berkurangan. Malah apa yang dilalui hari-hari bersama pasangan hanyalah satu tanggungjawab dan rutin yang perlu dipenuhi.

Benarkah begitu? Di sini ingin tekankan jangan mudah terkeliru dengan tanggapan sebegini. Tangapan sebegini sebenarnya lahir daripada mereka yang tidak jujur dengan perkahwinan sendiri.

Usia perkahwinan yang semakin bertambah bukanlah alasan untuk merenggangkan sesebuah perhubungan. Ini kerana terdapat banyak cara yang boleh dilakukan agar sesebuah perkahwinan itu tetap harmoni dan penuh dengan perasaan cinta!

Di sini diperturunkan lapan cara yang boleh anda praktikkan untuk memastikan cinta anda dan pasangan tetap menyala. Pastinya bukan semua kaedah ini mampu memberikan hasil secara langsung kerana ia memerlukan masa dan perlu dijadikan amalan supaya hubungan kasih sesama pasangan terus terikat kukuh.

1. Sesekali masaklah makanan kesukaan pasangan anda, contohnya untuk minum petang. Lebih romantik apabila anda sajikan pada saat dia sedang mengerjakan hal-hal kecil di sekitar rumah. Walaupun cara ini kelihatan mudah, namun kesannya sangat positif. Pasangan akan lebih menghargai jika selera dan pakaiannya dijaga rapi oleh insan tercinta.

2. Berikan perhatian lebih kepada pasangan ketika dia jatuh sakit. Menemaninya di kamar tidur dan memenuhi apa sahaja kemahuannya merupakan satu terapi terbaik untuk si dia yang tidak sihat. Jangan sesekali beranggapan permintaannya itu sebagai mengada-ngada atau sekadar mahu menarik perhatian. Ini kerana pasangan yang kurang sihat lebih sensitif dan emosi mereka juga kurang stabil. Jadi, jalankanlah peranan anda sebagai seorang isteri dan jururawat kepada pasangan sebaik mungkin.

3. Aktiviti memasak juga dipercayai mampu mengeratkan lagi perhubungan suami isteri. Apa kata anda pilih satu resepi kegemaran keluarga dan masak bersama-sama. Jangan lupa sediakan minuman kesukaan si dia dan putarkan muzik perlahan agar suasana menjadi lebih hangat dan romantik.

4. Setiap orang menyukai kejutan. Salah satu caranya adalah dengan mengirimkan emel atau SMS cinta untuk pasangan. Misalnya, SMS yang berbunyi "I love you" pada saat-saat yang tidak dijangkanya.

5. Anda seharusnya tahu akan kesukaan, minat atau hobi pasangan masing-masing. Untuk meningkatkan tahap romantik anda dan pasangan, apa kata anda cuba meminati hobinya. Tidak perlu memaksa diri, cukup sekadar memberikan sokongan serta prihatin apabila dia bercerita tentang hobinya kepada anda. Perhatian anda pastinya akan membuatkan hati si dia senang dan bertambah sayang kepada anda.

6. Sesekali tuliskan ayat-ayat cinta yang romantik di atas sekeping kad kecil dan lekatkannya di tempat yang mudah dilihat oleh pasangan, contohnya di pintu peti sejuk. Kejutan sebegini pastinya akan membuatkan pasangan anda tersenyum dan tidak sabar untuk mendakap anda sebagai tanda terima kasih.

7. Lakukan aktiviti harian yang biasanya dilakukan oleh pasangan anda seperti menyapu sampah dan mengemas rumah. Si dia pastinya pelik dengan apa yang anda lakukan dan apabila si dia bertanya kepada anda mengapa, jawablah dengan penuh perasaan...“Because I love you..”

8. Jika selalunya anda yang menentukan tempat bercuti atau tempat untuk menjamu selera, apa kata sesekali anda beri peluang kepada pasangan untuk membuat pilihan. Sikap toleransi dan keterbukaan anda ini pastinya akan membuatkan si dia bertambah cinta kepada anda.


** p/s: DJ El Seriya, Boleh La Layan Tips Ni Semasa Siaran Bicara Cinta Nanti ek..Hehhehe..
Read More …


Elemen “wau bulan” menjadi inspirasi kepada rekaan busana tradisional yang bakal digayakan oleh Miss Universe Malaysia 2011, Deborah Henry di pertandingan Miss Universe 2011 yang akan berlangsung di Sao Paulo, Brazil.

Keunikan seni wau bulan Malaysia bakal menjadi daya penarik yang merupakan simbol kreativiti, rekaan dan elegan. Daya penarik tersebut menjadi sumber inspirasi kepada pereka terkenal tempatan Amir Luqman dalam mereka busana untuk digayakan Deborah.
“Wau sudah menjadi objek yang cukup artistic, gabungan rekaan, warna dan ketelitian kerjanya. Kesemuanya elemen tersebut digabung untuk menghasilkan sebuah seni yang cukup cantik untuk digayakan oleh Deborah dalam segmen Pakaian Tradisional di pertandingan Miss Universe 2011 kelak.” Ujar Amir Luqman.
Songket yang digunakan secara meluas dalam rekaan ini merupakan fabrik tenunan tangan yang kaya dengan unsur tradisional selama lebih dua abad. Kain songket “Royal Terengganu Songket” itu ditaja Yayasan Tuanku Nur Zahirah, yayasan yang dinaungi SPB Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah.
Rekaan tersebut secara keseluruhan menjelmakan elemen “Wau Bulan” yang cukup elegan dari kepala hingga ke kaki.
Rakaan tersebut turut menggunakan permata yang ditaja Mogok Jewels antaranya batu delima merah burung merpati yang cukup unik, batu zamrud dan batu manikam perang kekuningan.
Read More …


Sarawak memang cukup dikenali sebagai negeri yang mempunyai pelbagai kaum yang unik dan sukar untuk di dapati di tempat-tempat lain.

Untuk mengetahui latar belakang serta kepelbagaian etnik yang terdapat di Sarawak, rasanya tidak cukup jika sekadar dengan membaca buku tanpa melihat sendiri gaya hidup serta suasana penempatan kaum-kaum tersebut.


Oleh sebab itu, Kampung Budaya Sarawak yang dibuka secara rasmi pada tahun 1990 dan dibangunkan di atas tanah seluas 14 ekar diharap mampu memberikan pengalaman terindah kepada pengunjung yang mahu merasai sendiri gaya hidup serta kediaman sebenar masyarakat unik tersebut.

Hanya 35 kilometer dari Bandaraya Kuching dan mengambil masa lebih kurang 35 minit perjalanan menggunakan kereta, Kampung Budaya Sarawak merupakan lokasi percutian terbaik untuk seisi keluarga.


"Walaupun dikenakan bayaran sebanyak RM60 untuk golongan dewasa dan RM30 untuk kanak- kanak, namun saya rasa ianya cukup berbaloi kerana pengalaman sebegini sukar untuk didapati di tempat lain.

"Apatah lagi saya diberitahu kebanyakan kaum-kaum minoriti di Sarawak seperti kaum Bidayuh, Iban, Penan, Orang Ulu dan Melanau juga kini sedang dilanda era kemodenan. Jadi mereka sudah tidak tinggal di dalam rumah yang bercirikan tradisional seperti ini.

"Di Kampung Budaya Sarawak ini, kami dipaparkan dengan gaya hidup sebenar masyarakat tersebut termasuklah kuih muih, pakaian tradisional serta tarian yang dipersembahkan di dalam persembahan kebudayaan selama 45 minit yang diadakan khusus untuk pengunjung.


"Pendek kata Kampung Budaya Sarawak ibarat sebuah 'muzium hidup' yang penuh warna warni kehidupan masyarakat desa," ujar salah seorang pelancong tempatan yang hanya mahu dikenali sebagai Faizal.

Beliau yang berasal dari Kuala Lumpur memberitahu, anak-anaknya cukup teruja kerana berpeluang memasuki rumah kaum Melanau yang sangat tinggi serta kaum Bidayuh yang berbentuk bulat.


Tambah manis apabila para pekerja di Kampung Budaya Sarawak memberikan layanan yang baik dan mesra kepada para pelancong.

"Berlatar belakangkan hutan hujan tropika yang masih elok terpelihara serta Gunung Santubong yang tinggi melangit, saya yakin Kampung Budaya Sarawak akan terus dikenali sehingga ke peringkat antarabangsa," tambahnya.

Dibuka setiap hari bermula jam 9.00 pagi hingga 5.15 petang, Kampung Budaya Sarawak yang telah menerima pelbagai anugerah dari dalam luar negara itu diharapkan akan terus terpelihara serta menjadi daya tarikan utama buat para pelancong yang mahu berkunjung ke Sarawak.

Read More …



Satu ketika dulu, pemilik nama Khalidah Adibah Ahmad atau kini dikenali sebagai Aida Khalida cukup terkenal dengan imej seksi serta menggoda. Namun, itu semua kisah lama. Pada tahun 2008, aktres yang cukup popular sekitar era 90-an ini tampil ayu dan menawan dengan imej berhijab.
Sejak tampil dengan imej baru, wanita berusia 53 tahun ini telah menyimpan niat untuk berkongsi penghijrahannya dengan muslimah yang lain. Akhirnya, impian dramatis ini tercapai jua pada tahun ini.
Aida yang pernah dikenali dengan nama Aida Rahim dan Aida Radzwill ini, kini melebarkan sayapnya ke bidang perniagaan pula dengan melancarkan jenama tudungnya sendiri iaitu ‘Aida Khalida’.
“Saya gemarkan kecantikan dan fesyen. Saya bersyukur yang tak terhingga kerana Allah telah membuka jalan bagi saya untuk tampil dengan jenama tudung sendiri. Memang impian saya untuk memiliki jenama tudung sendiri dan tidak sangka ia akan menjadi kenyataan. Saya rasa sangat terharu dan emosional,”ujar Aida sambil menahan sebak.
Menurut Aida, dengan adanya jenama tudung baru ini, sedikit sebanyak dapat membantu beliau untuk berdakwah dengan peminat-peminatnya.
“Sebenarnya dari awal lagi saya ingin memberikan sesuatu kepada peminat-peminat saya. Saya ingat nak berdakwah melalui lakonan saja, tapi sekarang, bila dah ada jenama tudung sendiri, saya ingin berkongsi kepada semua wanita tentang kecantikan dan keindahan berhijab.
“Selain itu, dengan adanya jenama ini, mereka bukan saja mampu membelinya, malah boleh berniaga bersama saya dengan menjadi pengedar jenama tudung ini. Secara tak langsung, dalam usaha saya berdakwah serta menggalakkan lebih ramai muslimah bertudung, saya juga dapat bantu mereka untuk berniaga,”ujar Aida yang berkolaborasi dengan Galeri Muslimah Sdn Bhd untuk jenama tudungnya ini.
“Saya selalu menerima soalan dari wanita di luar sana, bagaimana untuk mendapatkan tudung yang berfesyen. Dari situ, terdetik untuk saya ada jenama tudung sendiri. Tahun lepas, saya telah berjumpa dengan pemilik Galeri Muslimah iaitu Encik Johari dan isterinya Puan Nora bagi menjalinkan urusan dengan mereka.
“Akhirnya, kolaborasi ini berjalan dengan lancar dan maka terhasillah jenama ‘Aida Khalida’. Terima kasih kepada mereka kerana sudi bekerjasama dalam usaha saya mencapai hajat dan impian saya,”kata Aida yang masih belum terfikir untuk membuka butik sendiri.
“Buat masa ini, saya belum lagi bercadang untuk membuka butik sendiri kerana ia akan menanggung kos yang tinggi. Mungkin jika sambutan menggalakkan, saya akan mempertimbangkannya.”
Galeri Muslimah merupakan sebuah ‘design house’ yang banyak membuat ‘rebranding’ pada butik-butik terkenal. Galeri Muslimah juga mempunyai kilang tudung mereka sendiri yang mempunyai kapasiti mengeluarkan tudung berkualiti.
Selain itu, syarikat ini juga akan bertindak sebagai Hub pengeluaran tudung ‘Aida Khalida’ serta mengendalikan promosi dan strategi pemasaran jenama ini. Kepada mereka yang berminat untuk membeli atau menjadi pengedar untuk jenama tudung ‘Aida Khalida’, bolehlah menghubungi di talian 013-6989634, 012-3834223 dan 03-77254534.
Anda juga boleh mengunjungi terus ke Galeri Muslimah Sdn Bhd di alamat A-1-6 Block A, Neo Damansara PJU 8/1, Bandar Damansara Perdana, Petaling Jaya, Selangor.

Read More …



Drama bersiri popular TV3, JUVANA yang telah mencetuskan fenomena baru dalam penyiaran televisyen negara sejak mula bersiaran bulan April lalu, terus melakar sejarah apabila mencatatkan rekod kadar penonton yang tinggi apabila episod terakhir yang disiarkan semalam berjaya mencecah sebanyak 4.2 juta penonton! (sumber AC Nielsen)
Mula bersiaran sejak 25 April lalu, setiap Isnin jam 9.00 malam, drama terbitan Filmscape ini mengisahkan perjalanan seorang remaja berusia 17 tahun yang tidak bersalah tetapi dimasukkan ke pusat pemulihan akhlak atas tuduhan membunuh. JUVANA menampilkan gandingan hebat antara penerbit Kabir Bhatia, pengarah Faisal Ishak dan penulis skrip Alfie Palermo membariskan pelakon-pelakon handalan seperti Bront Palarae (Pemenang Pelakon Lelaki Terbaik Filem Anugerah Skrin 2010), Zahiril Adzim (Pelakon Harapan Lelaki Terbaik FFM22), Izreen Azminda, Irfan Roslan, Beto Khusairy, Kuswadinata, serta bakat-bakat baru seperti Johan Ariff, Syazwan Zulkifly, Eyka Farhana, Adam Shah, Shukri Yahaya, Riki Rikando, Idzham Ismail, Helmy Hakim, Fimie Don, Khairul Mohamed dan Talha Harith.
Episod pertama JUVANA telah mencatatkan jumlah penontonan sebanyak 2.4 juta dan drama bersiri 13 episod itu berjaya menambat hati para penonton pelbagai lapisan dan peringkat umur apabila episod seterusnya hingga ke 12 terus menjuarai carta AC Nielsen sebagai rancangan yang paling ramai ditonton dengan purata hampir 3 juta penonton setiap minggu.
Pengurus Besar Kumpulan, Kumpulan Pengurusan Jenama, TV3 & TV9, Puan Nurul Aini Abu Bakar berkata, “Kami sangat teruja dan bersyukur di atas sambutan luar jangkaan yang diterima sepanjang drama JUVANA bersiaran. TV3 sentiasa tampil ke hadapan dengan memperkenalkan genre drama yang baru kepada jutaan penontonnya. Misalnya, drama muzikal pertama, Hotel Mania; siri drama epik pertama, Arjuna dan kini pula JUVANA, sebuah drama bersiri yang mengupas sisi hidup pesalah-pesalah juvana. Selain menyelami dunia dan perasaan hati pesalah juvana, JUVANA juga mahu mendidik para penonton supaya mengambil iktibar daripada paparan kisah kehidupan watak-watak siri drama tersebut.”
“Bagi mereka yang setia mengikuti darama ini daripada episod pengenalan hinggalah ke episod terakhir, harapan kami agar JUVANA telah memberi insipirasi kepada para penonton supaya sentiasa berubah ke arah yang positif dan jangan terjerumus dengan gejala gengsterism yang hanya akan memudaratkan diri. Kejayaan akademik dan pengetahuan moral yang tinggi akan memberi jaminan kepada masa depan anda. Itulah yang ingin disampaikan oleh kami menerusi drama bersiri JUVANA,” tambah Pn. Nurul lagi.
Menyusuli “Juvana”, kini slot Aksi mempersembahkan kemunculan drama bersiri terbaru, SUPERMAK lakonan hebat Nasha Aziz, Azhan Rani, Zul Yahya, Rosli Sako, Zara Zya, Shawal Ruslan, Henzy Andalas, Aida Khalida, pelakon cilik Nelly dan Haider Harris mulai 25 Julai 2011, setiap hari Isnin jam 9.00 malam.

Read More …



RM12,000,000. Ya, itulah kos keseluruhan penajaan yang diberikan kepada pelakon Norman Hakim dan bakal isterinya, Memey Suhaiza. Jika jumlah sedemikian diberikan kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza, ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Namun, apabila ia diberikan kepada pasangan kontroversi, Memey dan Norman, ia benar-benar mengejutkan. Namun, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yang tahu.
Antara syarikat yang bekerjasama dengan Rafflesia ialah Lord’s Tailor, Snips, Crowne Plaza Mutiara Hotel, Angsana Spa, Naz Great Ideas dan Jimmy Choo.
Antara yang bakal ditaja termasuklah:
2 pasang busana* yang akan dipakai oleh Memey Suhaiza : RM500,000 sepasang
2 pasang kasut* rekaan khas Prof Datuk Jimmy Choo : RM300,000 sepasang * harga bergantung kualiti mutiara yang akan digunakan (mutiara South Sea atau Fresh Water)
2 set barang kemas, anting-anting, rantai leher, gelang, cincin dan tiara: RM2.8 juta satu set
2 pasang sut pengantin lelaki rekaan Lord’s Tailor
4 pasang pakaian untuk pengapit pengantin perempuan dan lelaki.
Pasangan pengantin akan diraikan di Bridal Suite di hotel tersebut dan diberikan peluang untuk menikmati pakej spa di Angsana Spa sebelum dan selepas majlis perkahwinan.
Solekan dan dandanan rambut yang bersesuaian dengan tema klasik “New York” lewat majlis perkahwinan Hollywood di Amerika Utara.
Dekorasi untuk majlis persandingan yang bertemakan “New York” bakal menghiasi Nirwana Ballroom, Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur. Sebanyak empat carousel bakal dibina mengelilingi pentas utama yang akan dilengkapi sofa untuk mewujudkan suasana santai pada majlis tersebut. Warna-warna krim, putih dan perak akan menjadi warna utama majlis tersebut berserta bunga-bunga segar yang dianggarkan bernilai RM150,000.
Menurut Nas selaku pereka dekorasi untuk majlis tersebut, idea “New York” dipilih adalah untuk mewujudkan kelainan berbanding majlis-majlis perkahwinan sebelum ini.
“Majlis ini berbeza dengan majlis-majlis yang pernah saya hasilkan sebelum ini. Dekorasinya sangat original. Ia memberikan saya cabaran besar untuk mencetuskan idea sedemikian. Majlis ini akan menjadi sebuah majlis yang penuh glamour dan bergemerlapan.”
Dijangka seramai 6-8 orang artis tempatan dan antarabangsa bakal membuat persembahan untuk hiburan tetamu yang hadir. Nama artis antarabangsa yang akan membuat persembahan masih belum diumumkan.
Pasangan itu bakal bernikah di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor pada 24 September dan resepsi pihak perempuan akan diadakan keesokkannya. Turut dilangsungkan adalah majlis khatam Quran dan majlis berinai kecil dan besar.
Turut hadir ke sidang media pengumuman penajaan tersebut ialah Prof Datuk Jimmy Choo, Winnie Sin dan ramai lagi. Pasangan pengantin mengenakan busana berona ungu yang direka khas oleh Lord’s Tailor untuk majlis tersebut.

Read More …


KUALA LUMPUR: Selepas dibuka pada 1976, surau di Hentian Puduraya di sini yang sekian lama berkhidmat sebagai tempat umat Islam beribadat terutama penumpang bas, kini berubah wajah.

Dengan perubahan drastik hampir ‘360 darjah’, surau terbabit kini diiktiraf sebagai surau ke-71 yang dibenar melakukan ibadat solat Jumaat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Sesuai dengan penaikta rafan itu, ia kini dikenali sebagai Surau Jumaat Al-Hidayah dan tanggal 8 Julai 2011 lalu menjadi catatan sejarah apabila hampir 500 jemaah hadir menunaikan solat Jumaat buat kali pertama.

Pengurus Besar Kanan Perancangan Korporat dan Strategik, Uda Holdings Berhad, Mohd Kamaruddin Abdul Manan berkata, pengiktirafan itu signifikan kepada pihaknya dan pengurusan Hentian Puduraya dalam usaha menunaikan tanggungjawab sosial mereka kepada umat Islam yang menggunakan kemudahan terminal berkenaan.

“Kebenaran untuk surau Hentian Puduraya melakukan solat Jumaat mampu mengurangkan kesesakan jemaah di dua masjid utama berhampiran terutama di Masjid Jamek. Surau itu kini menjadi alternatif selain membolehkan kita beribadah dengan lebih selesa,” katanya.

Surau Jumaat Al-Hidayah sebahagian usaha Uda memberikan perkhidmatan terbaik selaras pembukaan semula terminal bas terbabit sejak dua bulan lalu selepas menjalani proses pemodenan dan penambahbaikan. Surau di tingkat dua bangunan itu mempunyai keluasan kira-kira 900 meter persegi (termasuk ruang lobi) dan mampu memuatkan 1,000 jemaah dalam satu masa berbanding hanya 400 jemaah sebelum ini.

Pekerja syarikat bas, Zainol Zain Yusof, 47, berkata, dia amat gembira dengan penaiktarafan surau itu kerana kini dia tidak perlu lagi tergesa-gesa ke Masjid Jamek yang hampir satu kilometer dari hentian bas berkenaan untuk menunaikan solat Jumaat.

“Sebelum ini, saya dan rakan ke Masjid Jamek (masjid terdekat) setiap minggu sebelum terpaksa bergegas pulang ke sini untuk meneruskan kerja,” katanya yang bekerja di hentian itu sejak 20 tahun lalu.

Perkara itu turut dipersetujui imam surau berkenaan, Mohd Najib Baharim, 28, yang turut menyifatkan surau baru itu jauh lebih selesa dan luas jika dibandingkan sebelumnya serta sangat sesuai untuk solat Jumaat.

“Selain masalah jauh, Masjid Jamek juga cukup sesak dengan kehadiran orang ramai yang bersembahyang di sana. Dengan adanya surau di sini, ia sedikit sebanyak dapat memberi keselesaan kepada kami untuk beribadah,” katanya.

Tinjauan Metroplus di Surau Jumaat Al-Hidayah mendapati selain dewan solat berhawa dingin, ia turut dilengkapi kemudahan lain yang baik dan selesa seperti tandas lelaki dan wanita, bilik loker untuk kemudahan menyimpan barang serta ruang berwuduk yang luas.

Malah, televisyen LED untuk membolehkan jemaah melihat khatib membaca khutbah juga disediakan di bahagian parkir kereta yang juga boleh digunakan sebagai tempat sembahyang bagi menampung lebihan orang ramai yang datang untuk bersolat.

Selain itu, surau berkenaan dihubungkan dengan eskalator dari tempat ruang menunggu bas dan kaunter tiket di bahagian bawahnya bukan lagi tangga yang sempit seperti dulu.


Oleh Ardyhansah Amat
am@hmetro.com.my

Read More …


HANTU MOTEL! Sekali dengar mungkin ada yang menyangka itu naskhah seram yang mampu meluruhkan jantung dengan babak-babak kejutan dan hilai tawa hantu.

Sebenarnya, tiada apa yang perlu dikhuatirkan untuk menonton drama 13 episod yang bakal disiarkan di Astro Prima itu kerana genrenya cuma komedi seram.

Bakal menggeletek penonton dengan lawak bersahaja yang pasti tak kering gusi daripada barisan pelakon tersohor tanah air antaranya Bell Ngasri, Ayu Raudhah dan Shamsul Ghau-Ghau, Hantu Motel turut memberikan pengajaran dari segi mesej kekeluargaan, persahabatan dan percintaan.

Selain itu, drama yang diarahkan oleh Dinesh Samby itu turut dilakonkan oleh pelakon veteran, Maideen dan Maimunah Ahmad atau lebih dikenali sebagai Mak Jah.

Mengakui tidak berdepan dengan kesukaran memegang watak utama dalam drama itu, Bell Ngasri bagaimanapun terpaksa meneroka sendiri sisi humor dalam dirinya.

“Watak dan skrip dalam kisah komedi seram ini sedikit berlainan daripada drama biasa, syukur alhamdulillah selama proses pembikinan saya dibantu oleh pengarah dan krew produksi untuk membentuk elemen lawak tapi pada masa yang sama terkandung unsur seram dan pengajaran tersendiri,” katanya yang ditemui ketika sidang akhbar selepas pratonton drama Wasiat dan Hantu Motel di Cineleisure Damansara, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Drama itu mengisahkan dua sekawan bernama Amir dan Salman yang terpedaya dengan skim cepat kaya sehingga hampir diisytiharkan muflis.

Kedua-duanya mencuba pelbagai cara untuk mendapatkan wang dan membayar kesemua hutang piutang terdahulu sehingga sanggup bermalam di sebuah motel milik datuk mereka.

Sepanjang bermalam di motel itu, mereka berdepan dengan pelbagai helah hantu yang berhasrat menghalau manusia yang cuba mendiami motel itu.

Drama Hantu Motel akan mula menemui penonton pada setiap hari Jumaat bermula 5 Ogos ini pukul 10 malam di Astro Prima (saluran 105).



http://www.kosmo.com.my

Read More …


LONDON - Beberapa buah laman web akhbar membuat spekulasi bahawa bilionair Malaysia, Tan Sri Robert Kuok merupakan pemilik sebuah kapal bersalut emas paling mewah di dunia yang dibelinya pada harga AS$4.5 bilion (RM13.38 bilion).

Menurut akhbar dalam talian, thejournal i.e di Ireland semalam, jika harga itu benar, ahli perniagaan Malaysia yang didakwa menjadi pemilik kapal tersebut pastinya Kuok.

Akhbar itu menyatakan, lelaki terkaya di Malaysia ialah Kuok yang memiliki kekayaan sebanyak AS$12.5 bilion (RM37.2 bilion).

Beliau merupakan pengasas kumpulan Hotel Shang-ri La yang beroperasi di seluruh Asia.

Namun, kebanyakan kekayaannya datang dari sahamnya dalam Wilmar, syarikat minyak kelapa sawit terbesar dunia yang tersenarai dalam bursa saham, lapor akhbar itu.

Kapal mewah itu mengambil masa selama tiga tahun untuk disiapkan.

Keseluruhan badan kapal History Supreme dari dasarnya sehingga ke bahagian dek termasuk ruang makanan, rel dan sauh disalut emas padu.

Bilik tidur utamanya dihias mewah dengan menggunakan logam platinum dan menampilkan dinding bertatahkan sejumlah batu meteor serta artifak prasejarah seperti tulang dinosaur ganas, T-Rex.

Kapal History Supreme merupakan hasil kerja tangan pembuat hiasan emas terkenal dari Liverpool, Stuart Hughes yang mengambil masa tiga tahun untuk menyiapkannya.


http://www.kosmo.com.my/

Read More …


KUALA LUMPUR, 21 JULAI 2011: Hari demi hari, semakin ramai selebriti menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Jika sebelum ini, aktres jelita Rozita Che Wan tampil dengan koleksi pakaiannya, terbaru pelakon Irma Hasmie juga berminat untuk mencuba bidang perniagaan jubah wanita.

Menyimpan impian memiliki butik bersama temannya yang juga pereka pakaian, Ezuwan Ismail, namun niat tersebut berjaya direalisasikan lebih awal dengan menghasilkan rekaan jubah dan menjualnya secara online.

"Saya sebenarnya gurau-gurau saja dengan Ezuwan nak bukak butik sama-sama satu hari nanti. Sekali tak sangka idea itu dapat direalisasikan lebih awal. Memanglah tak bukak butik, tapi kami memilih untuk tampil dengan rekaan jubah wanita dan menjualkannya secara online," katanya kepada murai.com.my berkongsi perkembangan dirinya.

Sudah mula ada 9 rekaan jubah yang dihasilkan berdasarkan gabungan ideanya bersama Ezuwan, kata Irma Hasmie, harga yang dikenakan amat berpatutan dan mudah dimiliki.

"Selalunya jubah daripada pereka akan berharga 1 ribu ke atas tapi jubah kami, harganya hanya RM 599. Saya minta dengan Ezuwan agar biarlah harga lebih rendah supaya ia boleh dimiliki ramai orang. Jadi saya tak mahulah harganya terlalu membebankan, " katanya yang telah pun 2 bulan menjalankan perniagaan secara online itu.

Mengakui seronok dengan pengalaman barunya terlibat dengan bidang perniagaan, jelas duta D'Haja dan Walit Gold ini lagi, dia masih lagi aktif dalam bidang seni.

"Saya baru terlibat 2 bulan dalam bidang perniagaan dan memang menyenorokkan. Tapi pada masa yang sama saya tetap lagi aktif sebagai pelakon. Sekarang saya sedang sibuk di lokasi penggambaran drama Psikik dan masih lagi menjadi pengacara program Assalamualaikum di TV Al-Hijrah," jelasnya yang kini sibuk mempromosikan perniagaannya itu.

Bagi yang berminat bolehlah melayari www.ezuwanismail.blogspot.com atau menghubungi di talian telefon 012-2646871 untuk menempah jubah rekaannya.

Teks Oleh: zyzamani
Foto Oleh: Mazlan Yunos Photography
http://www.murai.com.my


Read More …

POHON-POHON yang rendang di sepanjang hamparan pantai menjadikannya ideal untuk aktiviti berkelah. WALAUPUN pemanduan dari Kuala Lumpur ke Teluk Batik mengambil masa kira-kira empat jam, warga kota yang mencari detik ketenangan dan riadah bersama keluarga tetap menjadikannya pilihan popular destinasi percutian di negeri Perak.

Keletihan mengharungi perjalanan jauh itu bertukar tenang apabila akhirnya berpeluang untuk bersantai di tepi pantai sambil menikmati hembusan bayu segar dan deruan ombak di pantai berkenaan.
Terletak kira-kira enam kilometer dari bandar Lumut, Teluk Batik sentiasa dikunjungi pelancong dari dalam dan luar negara yang mahu menikmati keindahan pantainya dan kepelbagaian aktiviti yang ditawarkan.
MUZIUM SIPUT adalah salah satu daripada lokasi yang wajib dikunjungi.
Menurut sejarah, pada mulanya, ia dikenali sebagai Teluk Batak disebabkan kehadiran kaum Batak yang berasal dari Sumatera di kawasan itu suatu ketika dahulu.
Diceritakan, kaum Batak telah menjadikan kawasan itu sebagai tempat berlindung daripada serangan lanun dan perompak yang bermaharajalela di sekitar laluan Selat Melaka.
Lama-kelamaan, kawasan sekitarnya telah menjadi penempatan kaum Batak di Perak. Namanya terus kekal sebagai Teluk Batak sehinggalah sekitar tahun 70-an, apabila ia diubah secara rasmi kepada Teluk Batik.
Untuk tiba ke sini, pengunjung boleh mengikuti laluan simpang Teluk Muroh yang terletak berhampiran Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia.
Kehadiran penunjuk arah yang terpampang di sepanjang laluan nyata memudahkan pemanduan.
Pantai redup
PELBAGAI prasarana baru seperti Dataran Hadhari ini menceriakan kunjungan.
Keunikan Teluk Batik terletak pada hamparan pantainya yang memutih di samping penyediaan pelbagai kemudahan untuk keselesaan pengunjung.
Pohon rhu yang tumbuh meliar di kawasan pantai nyata meredupkan pandangan. Pantainya yang bersih menjadi tarikan untuk pengunjung berkelah, bermandi-manda mahupun menyertai sukan pantai. Antara sukan popular adalah bola tampar pantai dan juga bola sepak pantai.
Pengunjung juga boleh mencuba aktiviti kayak dan menaiki bot untuk bersiar-siar mengelilingi landskap teluk itu.
Selepas puas membasahkan diri di pantai, pengunjung boleh meluangkan masa untuk meninjau gerai kraftangan yang terletak berhampiran. Pelbagai cenderamata seperti kemeja-T, baju batik, pario dan topi dijual pada harga berpatutan.
DERETAN kedai kraftangan dan cenderamata menyambut pengunjung yang mahu membeli-belah.
Jangan lupa membeli pelbagai produk laut seperti sate ikan, sotong dan ikan bilis kering sebagai oleh-oleh untuk dibawa pulang.
Jika perut berasa lapar, usah risau kerana terdapat deretan gerai makanan dan minuman yang menawarkan pelbagai variasi hidangan untuk menyambut selera pengunjung.
Tidak lengkap kunjungan ke Teluk Batik sekiranya tidak melawat Muzium Siput yang terletak berhampiran. Dengan seni bina rumah Melayu tradisional, muzium itu menyimpan lebih 300 spesies siput dan cengkerang yang terdapat di negara ini.
Biarpun dikenakan sedikit bayaran, namun pelbagai maklumat yang dikutip sepanjang lawatan ke muzium itu nyata berbaloi. Secara tidak langsung, kunjungan ke sini dapat mendidik pengunjung menghargai khazanah marin negara.
Pengunjung juga boleh mencuba pengalaman snorkeling ketika melawat Snorkeling Park. Ia merupakan taman tema pertama seumpamanya di Malaysia yang khusus untuk penyelam-penyelam yang mahu melihat keindahan hidupan laut walaupun berada di darat.
Dibuka setiap hari dari pukul 9 pagi hingga 6 petang ia menawarkan pelbagai pakej yang sesuai untuk pelbagai kumpulan dan peringkat usia.
Bagi pengunjung yang ingin bermalam, Teluk Batik menawarkan pelbagai bilik dan calet yang boleh disewa dengan kadar berpatutan. Antaranya ialah, Teluk Batik Resort, Marina Cove Resort, Crystal Bay Chalet, Impian Chalet dan Chalet Pak Man.
" Terasa Bangga Sikit Bila Ramai Pelancong Dari Dlam & Luar Negara Datang Melancong ke Kawasan Kampung Ku." PEACE!!!!!!!!

kredit : kosmo.com.my
Read More …

Read More …



Ia digelar rantai tangkai iblis, tetapi segelintir Mat Rempit yang gila fesyen kini gemar memakainya kerana percaya mereka boleh menjadi kebal.Rantai mirip kalimah Allah dengan ditambah lambang serampang syaitan itu dijual pada harga sekitar RM15 hingga RM20 satu.
Mat Rempit, terutama remaja, percaya rantai itu dapat memberi keberanian luar biasa selain pendinding daripada kecederaan jika terbabit kemalangan.Kegilaan terhadap tangkal itu mula menular selepas khabar angin berhubung kewujudannya tersebar dari mulut ke mulut sebelum ia menjadi buruan segelintir kaki lumba motosikal itu.

Mufti Kerajaan Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin
yang diminta pendapatnya, terkejut berhubung kewujudan rantai tangkal yang mempunyai tulisan seakan kalimah Allah itu.Menurutnya, umat Islam yang memakai rantai seperti itu boleh dianggap syirik kerana menyekutukan Allah.
“Sekali imbas memang rantai itu nampak seperti kalimah Allah, tetapi jika diperhatikan betul - betul, ia menyerupai lambang agama lain,”
katanya.

Katanya, rantai berkenaan secara terang - terangan mempersenda agama Islam dan beliau menasihati orang ramai, terutama umat Islam supaya tidak memakainya.
“Biasanya ada antara kami memakainya untuk suka - suka seperti golongan penganut Kristian yang memakai salib. Namun, tiada seorang pun daripada kami menyedari rantai berkenaan dihasilkan khusus untuk menyesatkan golongan belia Islam."


Bukan sekadar itu sahaja.............
Terdapat banyak rantai,gelang dan cincin yang diukir dgn nama Allah di dalam pasaran.



"Adakah kita terfikir siapakah yang menghasilkan rantai,cincin dan gelang yang diukir dengan nama Allah.Ya! kebanyakan mereka adalah daripada golongan yang bukan beragama Islam.
Mereka hanya ingin mengaut keuntungan dalam masa yang sama juga mereka ketawa kerana berjaya menyesatkan org islam yang jahil."

Read More …


TRC GEGAR kini menawarkan perkhidmatan Juruacara Majlis, DJ dan juga sewa peralatan pembesar suara (PA).

Buat permulaan, perkhidmatan ini ditawarkan bagi keperluan di Kota Bharu dan kawasan-kawasan yang berdekatan. Walau bagaimanapun, pada masa akan datang, TRC GEGAR akan meluaskan lagi kawasan kendalian untuk mereka yang berminat.

TRC GEGAR juga menyediakan perkhidmatan liputan secara langsung untuk majlis-majlis yang diadakan pada harga yang berpatutan. Liputan siaran langsung ini menggunakan platform internet sebagai media utama, meliputi perkhidmatan radio dan tv.


Anda boleh mendapatkan keterangan lanjut perkhidmatan ini dengan menghantar emel kepada admin@gegar.my.
Read More …


KELANTAN 6 - 0 FELDA UNITED
Kelantan berjaya kembali menerajui Liga Super apabila menewaskan Felda United FC dengan jaringan yang besar dalam perlawanan Liga Super yang berlangsung pada 9 April di Kota Bharu.

Dengan jaringan 6 gol tanpa balas pada perlawanan tersebut, Kelantan kini berkongsi 20 mata dengan Selangor, yang tumpas kepada pasukan T-Team (0-2), perlawanan pada hari yang sama. Kelebihan jaringan gol menyaksikan Kelantan berada di tempat teratas, diikuti rapat oleh Selangor (20 mata) dan Perak (19 mata).

Rekod tanpa kalah Perak dipecahkan oleh Sabah yang menewaskan mereka dengan jaringan 2-1 dalam pertemuan yang berlangsung di Kota Kinabalu


Video oleh MZDin dari Kelate Dot Net


Read More …

Proses pemilihan pertama untuk peserta Akademi Al-Hamra Red Warriors (ARMY) akan berlangsung di Padang SIC Kota Bharu pagi ini. Kerja-kerja persiapan tempat rancak dijalankan awal petang semalam.


Happy turut mengadakan aktiviti sampingan bagi memeriahkan aktiviti berkenaan, di antaranya pertandingan menendang bola dan pertandingan permainan PS2. Aktiviti promosi dan jualan happy juga diadakan di khemah utama.



Read More …


Ucapan Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa, semasa melancarkan Pek Edisi Terhad Red Warriors Happy, di KB Mall pada 6 April 2011.







Read More …


Malam ini para peminat sukan bola sepak khususnya penyokong pasukan Kelantan bakal memenuhi Stadium Sultan Muhammad Ke IV Kota Bharu untuk memberi sokongan kepada pasukan The Red Warriors yang akan turun menentang pasukan Harimau Muda 'A' di dalam saingan Liga Super.

Read More …


Kelab Volkswagen Klasik Kelantan akan mengadakan Karnival Volkswagen Asean bertempat di perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke IV Kota Bharu pada 2 April 2011.

Read More …

Wawancara bersama Tuan Azli, KP Trafik Kelantan di The Red Warriors Station@KTC Kota Bharu, pada 31 Mac 2011.

Tuan Azli, KP Trafik Kelantan

Read More …