12th WARRIORS


Malam ini para peminat sukan bola sepak khususnya penyokong pasukan Kelantan bakal memenuhi Stadium Sultan Muhammad Ke IV Kota Bharu untuk memberi sokongan kepada pasukan The Red Warriors yang akan turun menentang pasukan Harimau Muda 'A' di dalam saingan Liga Super.

Sejak awal pagi lagi, aktiviti-aktiviti sampingan yang meriah telah bermula di perkarangan stadium.

Jualan motosikal oleh NAZA

Citarasa terkini

Super Bike di antara kenderaan yang mendapat sambutan

Warriors Solution

Keluaran terkini Warriors Solution
Daripada pemerhatian kami, penjualan tiket terbuka untuk perlawanan pada malam ini berjalan agak perlahan. Penyokong mungkin mengambil kesempatan hari cuti hujung pada hari ini untuk keluar membeli tiket pada sebelah petang dan terus menunggu waktu perlawanan yang dijangka bermula pada jam 8.45 malam.

Happy Prepaid, rakan penaja TRW 2011
Rakan penaja TRW musim 2011, Happy Prepaid, seperti biasa mengadakan perlbagai promosi menarik seperti lelongan telefon mudah alih dan pemberian tiket menonton perlawanan secara percuma. Mereka juga mula menguruskan pendaftaran peserta untuk Akademi Bola Sepak Al-Hamra Red Warriors (ARMY) untuk mereka yang berminat.


Promosi pakej ASTRO
Perlawanan pada malam ini bakal disiarkan secara langsung melalui Astro Arena Saluran 801. Siaran webtv boleh diikuti melalui saluran RED VISION, manakala siaran audio akan disiarakan melalui radio online rasmi Persatuan Bola Sepak Kelantan, TRWFM dan di TRC Gegar.

Categories:

Leave a Reply