12th WARRIORS



MUNGKIN segala yang aku berikan kepada dia selama ini, kurang harganya, rendah nilainya.

Kerana itulah, bila diperlukan aku dipanggil dan dilayan. Bila aku seperti menyusahkan kehidupan dia, aku disuruh pergi dan jauhkan diri dari dia. Dan aku pula, tiapkali akan menurut kehendak dia. Disuruh datang aku datang, disuruh pergi aku pergi, disuruh diam aku diam.

Seperti sekor lembu dicucuk hidunganya dengan tali. Ditarik ke kiri, ditarik ke kanan. Jika dah letih dan uzur, lembu tidak lagi punya daya menuruti, ia disembelih untuk mendapatkan hasilnya, dari tanduk sampai ke ekor, semuanya dilapah.

Aku terasa seperti si lembu itu, kerana sekarang ini, aku bukan siapa-siapa.
Read More …




Di malam yang sunyi
Dudukku termenung sorang diri
Di jendela sepi

Hingga dinihari
Ku menantikan kepulanganmu
Namun kata hanya sekadar
Tinggal kata-kata
Bagaikan melukut di tepi gantang
Begitulah aku
Di dalam hidupmu
Ada tiada tak memberi kesan
Hanya aku menanggung
Kerinduan..

Dulu pernah kau katakan
Sayangg..
Ingin mendengarku berlagu riang..
Menawar duka laraku
Lupakan saja..
Derita yang berlalu
Tapi mengapa dirimu, kasih..
Ibarat lalang ditiup angin
Kasihmu diracun
Oleh kata fitnah
Penuh hina
Hingga kini kau biarkan saja..
Diriku menanggung sepi
Dengan irama dukaku
Yang tak bermakna
Bagimu...
Read More …



DALAM diri ini perasaan cinta untukmu tidak akan hilang. Dan abang mohon izin darimu untuk perasaan itu terus bertapak di hati abang hingga bila-bila. Untukmu, abang doakan agar dirimu bertemu kebahagiaan yang lebih bermakna bersama si dia yang kini berjaya menambat hatimu. Walaupun berat hati ini untuk melihatmu bersama insan lain, tapi apa lagi yang lebih bermakna untuk abang selain daripada melihat kebahagiaan dirimu, walaupun dari jauh. Dengan perginya satu kenangan cinta, kamu mampu memperolehi dua cinta yang baru, cinta untuk insan yang bertapak di hatimu menggantikan abang, dan cinta untuk keluarga abang seperti yang diinginkan dari awal pertemuan bersama mereka.

Abang tidak minta diingati, abang cuma mohon izin untuk mengingati. Halalkan segala perasaan tersebut, segala milikmu yang abang terambil dan terguna. Mohon keampunan dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki, muga ada simpati untuk memaafkan abang.

Kebahagiaan sudah tiada lagi untuk abang. Milik dan ruang abang untuk itu telah abang serahkan padamu, jika masih perlukan bajailah ia, jika tidak kuburkan saja.
Read More …



AKU mengharapkan tiada lagi cinta yang berani singgah di sini, kerana aku tidak punya ruang untuk memberi dan menerima. Cinta yang aku pertahankan tetap satu, hanya untuk si dia.

Biar yang datang itu lagaknya bagai Sang Puteri, dengan segala kemegahan dan kemewahan, "Cinta Seorang Insan Biasa" tetap manjadi pilihan hati ini. Nilai cinta bukan pada mata yang melihat, telinga yang mendengar, mulut yang berkata, hidung yang mencium bau, nilai cinta telah ditetapkan mahramnya oleh dua hati yang tersemai cinta itu di dalamnya.

Aku bukan seorang putera raja yang hendak menawarkan kemewahan negara taklukanku

Aku cuma petani biasa yang menyemai bijian kasih sayang, dibaja dan disirami air, supaya terbit cinta Aku dan Dia, mengeluarkan bau yang harum dan cantik, jika ia bunga; berasa sedap dan manis jika ia buah-buahan, menyegarkan dan berkahsiat jika ia sayur-sayuran.

Aku sudah ada cinta itu, dan aku tidak akan mencari cinta lagi. Biar nyawa jadi taruhan, cinta aku dan dia tetap aku pertahankan. Bercerai nyawa dari badan tidak sesakit terasa, cinta dinafikan.

Benar, jika sesiapa minta cinta ini dikorbankan, aku dengan rela, menusuk jantungku sendiri, menadah setiap titisan darah itu, bertahan sambil bertasbih nama dia yang aku cintai, hinggalah tika jantungku tidak lagi berdegup.

Hingga ke hujung nyawa.
Read More …



Dia sudah tidak mampu bertahan dengan dugaan bercinta dengan aku. Kata-kata hasad orang lain nyata mematikan semangatnya buat kesekian kali. Aku tidak tahu apa salahku, aku percaya yang dia juga tidak melakukan apa-apa salah padaku. Tapi kenapa begitu bisa kata-kata cerca orang yang cemburu kepada cinta aku dan dia, sehingga semuanya seperti nasi yang terlingkup pinggannya.

Aku luka, aku kecewa. Aku menangis dengan linangan airmata, dan titisan kecewa di hati. Katanya, biarlah semua yang pernah aku dan dia kecapi dihentikan serta merta demi memberi kepuasan hati orang lain.

Teman baru dia ada bersama untuk menenangkan dirinya, tapi aku dengan gila menghiris lengan ini hingga tersoyak kulit dan daging, mengalir darah merah. Sakit di hati lebih hebat dar sakit luka di lengan itu.
Read More …


Hati pedih, jiwa perit. Tak kuasa mengadu pada sesiapa. Aku sentiasa bersedia untuk menjadi bahu sandaran bagi orang lain meletakkan kepala mereka dan mengadu dalam tangisan. Tapi, aku terlalu memilih untuk menumpangkan kan kepedihan dan keperitan ini di bahu orang lain.

Bukan kerana aku ego, tapi kerana aku tak mahu menyakitkan hati insan lain, lebih-lebih lagi insan yang aku kasih dan sayangi.

Dalam hati ada hati, dalam jiwa ada jiwa. Hidup kedua-duanya kerana ada roh. Bila terpisah roh dari jiwa dan dari hati, yang pejal akan mereput, yang wangi akan membusuk, yang indah akan menjadi buruk.

Roh itulah hiasan jiwa dan hati. Bukan wangi-wangian, bukan rantai emas, cincin berlian. Lantas sekarang, adakah benar hati yang pedih, jiwa yang perit?

Atau, sebenarnya roh yang sakit?
Read More …



AKU dan dirimu di dalam satu dunia, yang selebihnya adalah halwa pemanis. Bolehkah cinta dan rindu dibiar berdampingan selalu? Dan cemburu tidak datang membahagikan mereka?

Aku dan dirmu tidak boleh dikuasai perasaan cemburu kerana kita berada di suatu ruang yang tidak tercapai oleh apa-apa, oleh siapa-siapa.

Sayang, aku tahu ia kisah yang tidak berhujung. Mampukah kita diam dan menunggu? Membiarkan waktu yang memberi jawapan, yang entah bila dan ke mana tujunya?
Read More …



DI KOTA, walaupun selesa dan bebas, aku masih mendambakan hidup aku di kuala. Walaupun penuh dugaan, penuh sekatan, aku selesa. Aku tidak mencari bahagia yang lain, kerana bahagia aku adalah bersamanya.

Biar di kuala, aku akan mundar-mandir ke muara. Biar berselut tubuh ini, aku puas dan aku bahagia. Dia adalah kebahagiaanku, walaupun dia hanyalah penghuni kuala.
Read More …



AKU tidak takut, atau malu dan tidak sekali-kali berasa sangsi bila mengatakan bahawa kau adalah kekasihku dan aku tidak perlukan kekasih lain. Aku harap kau akan ada keberanian untuk berkata yang sama.

Tidak perlu kau menduga aku dengan kiasan yang condong mengatakan aku ada “insan lain”. Aku ada dirmu, dan aku ada cintamu. Itu sudah cukup untuk aku, dan itulah kebahagiaanku.

Aku Cinta Padamu, hingga ke hujung nyawa. Hanya itu yang aku tahu.
Read More …