12th WARRIORS


KUALA LUMPUR, 21 JULAI 2011: Hari demi hari, semakin ramai selebriti menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Jika sebelum ini, aktres jelita Rozita Che Wan tampil dengan koleksi pakaiannya, terbaru pelakon Irma Hasmie juga berminat untuk mencuba bidang perniagaan jubah wanita.

Menyimpan impian memiliki butik bersama temannya yang juga pereka pakaian, Ezuwan Ismail, namun niat tersebut berjaya direalisasikan lebih awal dengan menghasilkan rekaan jubah dan menjualnya secara online.

"Saya sebenarnya gurau-gurau saja dengan Ezuwan nak bukak butik sama-sama satu hari nanti. Sekali tak sangka idea itu dapat direalisasikan lebih awal. Memanglah tak bukak butik, tapi kami memilih untuk tampil dengan rekaan jubah wanita dan menjualkannya secara online," katanya kepada murai.com.my berkongsi perkembangan dirinya.

Sudah mula ada 9 rekaan jubah yang dihasilkan berdasarkan gabungan ideanya bersama Ezuwan, kata Irma Hasmie, harga yang dikenakan amat berpatutan dan mudah dimiliki.

"Selalunya jubah daripada pereka akan berharga 1 ribu ke atas tapi jubah kami, harganya hanya RM 599. Saya minta dengan Ezuwan agar biarlah harga lebih rendah supaya ia boleh dimiliki ramai orang. Jadi saya tak mahulah harganya terlalu membebankan, " katanya yang telah pun 2 bulan menjalankan perniagaan secara online itu.

Mengakui seronok dengan pengalaman barunya terlibat dengan bidang perniagaan, jelas duta D'Haja dan Walit Gold ini lagi, dia masih lagi aktif dalam bidang seni.

"Saya baru terlibat 2 bulan dalam bidang perniagaan dan memang menyenorokkan. Tapi pada masa yang sama saya tetap lagi aktif sebagai pelakon. Sekarang saya sedang sibuk di lokasi penggambaran drama Psikik dan masih lagi menjadi pengacara program Assalamualaikum di TV Al-Hijrah," jelasnya yang kini sibuk mempromosikan perniagaannya itu.

Bagi yang berminat bolehlah melayari www.ezuwanismail.blogspot.com atau menghubungi di talian telefon 012-2646871 untuk menempah jubah rekaannya.

Teks Oleh: zyzamani
Foto Oleh: Mazlan Yunos Photography
http://www.murai.com.my


Categories:

Leave a Reply