TIADA apa yang dapat memberi gambaran tentang perasaan aku sekarang. Kecewa, putus asa, sedih; semuanya bercampur baur.
Permulaan hari yang aku harap menjanjikan keceriaan bertukar tiba-tiba menjadi sesuatu yang menyakitkan. Aku berada di dalam satu situasi yang terpinga-pinga, keliru dan hilang arah.
Aku dikejutkan dengan sms dari dia yang minta supaya aku tidak lagi menghubunginya lagi. Walhal, pada sebelah malam sebelumnya, semua begitu tenang, penuh ucapan kasih, sayang dan rindu menyulam cinta.
Dia sudah tidak mampu bertahan dengan dugaan bercinta dengan aku. Kata-kata hasad orang lain nyata mematikan semangatnya buat kesekian kali. Aku tidak tahu apa salahku, aku percaya yang dia juga tidak melakukan apa-apa salah padaku. Tapi kenapa begitu bisa kata-kata cerca orang yang cemburu kepada cinta aku dan dia, sehingga semuanya seperti nasi yang terlingkup pinggannya.
Aku luka, aku kecewa. Aku menangis dengan linangan airmata, dan titisan kecewa di hati. Katanya, biarlah semua yang pernah aku dan dia kecapi dihentikan serta merta demi memberi kepuasan hati orang lain.
Teman baru dia ada bersama untuk menenangkan dirinya, tapi aku dengan gila menghiris lengan ini hingga tersoyak kulit dan daging, mengalir darah merah. Sakit di hati lebih hebat dar sakit luka di lengan itu.
Tidak cukup dengan itu, aku dimarah pula oleh teman barunya kerana dikatakan menyebabkan dia menangis dan cuba mencederakan diri. Walhal aku sendiri di sini sudah parah luar dan dalam.
Malam ini, aku yang separuh gila tidak berfikir. Esok ada majlis besar, semuanya tiada makna dan akan aku tinggalkan.
Malam ini juga, dia memberitahu yang dia akan mencurahkan hasratnya untuk bersama-sama teman barunya itu. Teman yang katanya “kawan biasa” sebelum ini. Cukup pantas semuanya berlaku, seperti satu skrip drama yang telah dilakon uji beberapa kali.
Aku? Akan aku tinggalkan semua yang ada ini. Aku pernah teruk terkecewa apabila dia menduga aku tanpa ihsan,
hampir mati aku dibuatnya ketika itu. Ini kali kedua, dan aku pernah berkata, kalau aku diduga sekali lagi, setelah aku menerima dia kembali, aku akan mati.
Kini, mati adalah destinasiku. Biar mereka semua puas hati. Dan biar dia bergembira dengan teman barunya tanpa ada rasa bersalah padaku.
Biarlah padanya aku cuma satu kenangan pahit. Dan biarkan aku abadikan apa yang berbaki ini sebagai harta abadi miliku. Aku tetap akan setia pada cinta ini biar berseorangan dan akan terus mencintainya, biarpun dia kini mencintai insan lain.
Cintaku padanya hingga ke hujung nyawa, sampai ke hujung dunia.
Categories: