12th WARRIORS

TIADA perkataan dapat menggambarkan apa yang aku sedang rasakan sekarang.

Jiwa ini terasa benar suatu kehilangan. Aku rasa amat tersiksa dengan kehidupan “baru” ini. Mungkin aku tidak segagah dia yang mampu menerima perpisahan ini dan meneruskan kehidupan dengan kebahagian yang baru. Aku masih lagi terkapai-kapai mencari halatuju selepas ini.

Mendengar lagu dendangan Anang “separuh Jiwaku Pergi”, aku seperti nak mengubahnya kepada “Seluruh Jiwaku pergi”.

Kekasih hati yang sebelum ini sering bersama-samaku di dalam senang dan susah, kini telah pergi mencari kebahagiaan baru. Apalah salahku sehingga aku ditinggalkan dalam sekelip mata, sebegini rupa? Berdosa benarkah aku kepadanya sehingga dia menjatuhkan seberat-berat hukuman kepadaku?

Aku rindukan dia. Aku rindukan gelak tawanya. Aku rindukan marah herdiknya. Aku rindukan segala-galanya tentang dia.

Aku tidak lalu makan, bukan setakat tak lena tidur, tapi gagal melelapkan mata. Kerinduan dan rasa kehilangan, ditambah dengan rasa duka dan kecewa, benar-benar membinasakan aku. Dan kali ini, aku bukan lagi seperti insan yang dikenali ramai dulu.

Hidupku suram, perjalanan harianku suram, masadepan ku gelap.

Suatu ketika dulu, dia juga pernah menduga aku dengan dugaan yang maha hebat. Katanya keluarga dia menerima pinangan seseorang dan akan melangsungkan perkahwinan dalam masa yang terdekat, sedangkan ketika itu kami adalah sepasang kekasih yang sedang bercinta dan mencipta cita-cita. Aku adalah segala-galanya pada dia, tapi katanya dia terpaksa kerana alahan dia adalah pada ketetapan keluarga.

Aku menangis berhari-hari ketika itu tanpa sesiapa yang tahu. Dan setiap hari menghitung dari tarikh pertunangannya meninti ke hari pernikahan, aku cukup tersiksa. Tapi ketika itu aku lebih tabah. Aku belajar untuk menerima suratan takdir yang menidakkan jodohku dengannya.

Setiap hari dalam perbualan telefon, sms dan juga di alam maya, semuanya penuh dengan kesedihan. Dia mengadu kesusahan dan kemusnahan yang bakal dia hadapi kerana cintanya adalah untuku, bukan untuk tunang yang bakal dinikahinya ketika itu.

Dan setiap saat itu jugalah, aku menjadi tempat dia mengadu. Aku tidak jemu memberi kata-kata semangat kepadanya. Kataku, mungkin bakal suaminya mampu mencipta cinta yang lebih hebat daripada apa yang aku dan dia sedang kecapi. Tapi, dia berkata cintanya tetap untukku, tidak untuk orang lain. Jika berlakunya pernikahan, bakal suaminya hanya mampu memperolehi tubuhnya tetapi tidak cintanya.

Terharu sungguh aku dengan kata-kata tersebut. Aku cuba menenangkan dirinya dengan berjanji aku akan berada bersama-sama dia untuk selama-lamanya. Dalam masa yang sama, aku kuatkan hati ini untuk menerima cabaran agung ketika itu, berhadapan dengan pernikahannya, pernikahan kekasihku dengan insan lain.

Pada malam sebelum ahri pernikahan, aku titipkan kata-kata untuknya. Aku minta dia tenangkan hati. Ketika kadi bertanya tentang persetujuannya dengan pernikahan tersebut, aku mahu dia kuat untuk mengatakan dia setuju.

Alhamdulillah, pernikahan itu berlangsung akhirnya, menyaksikan aku meraung di dalam hati, menandakan putusnya harapan dan cita untuk bersama dengannnya.

Bagaimana hendak digambarkan perasaan, apabila dia mengadu tentang malam pertama dia sebagai seorang isteri. Tentang penolakan dia untuk melakukan hubungan intim dengan suami sehingga suaminya menggunakan paksaan.

Sakit katanya. Menitis airmata dia ketika mengadu kepadaku. Mendengar rintihannya, aku lebih lama lagi telah mencucurkan airmata. Dia mahu aku datang dan mengambilnya. Dia mahu menjadi milik aku.

Mana mungkin, dia ketika itu sudah menjadi isteri orang. Lebih menggusarkan aku apabila dia minta aku berjanji untuk tidak menolak permintaannya mengadakan hubungan intim denganku dan melahirkan anak yang juga zuriatku. Terhiris perasaan saat itu mengenangkan dugaan yang menimpa diri ini.

Seminggu dalam tempoh perkahwinan dia, dia terus mengadu padaku. Sehinggalah aku dikejutkan dengan satu pengakuan.

Dia sebenarnya belum bernikah lagi, dan semua yang berlaku itu adalah cerita rekaan semata-mata.

Bayangkanlah perasaan aku ketika itu. Hati yang telah remuk menjadi semakin teruk apabila terasa diri diperdaya hanya kerana dia ingin menduga cintaku kepadanya. Hebat sungguh dugaan saat itu menyebabkan aku menyepikan diri darinya.

Dia tidak putus-putus mengirim sms memohon maaf, dan mengatakan dia cinta padaku, dia rindu padaku. Panggilan-panggilan telefon dan juga sms dia tidak aku balas kerana hati ini amat kecewa. Dalam salah satu smsnya, dia berkata yang dia tahu bahawa aku masih mencntainya dan merayu aku kembali kepadanya.

Membaca sms itu, aku tunduk, mengeluh, dan mengaku yang aku masih mencintainya walaupun aku telah diduga sedemikan rupa. Sms itu yang aku balas, memaafkannya dan menyatakan kesediaan aku untuk menerima dia kembali.

Ya, aku nekad melupakan semua perbuatanya pada diriku, semata-mata kerana cinta aku yang tidak pernah padam untuk dia. Kami kembali bersama, menyemai kembali cinta yang hampir layu.

Kebahagiaan kembali terserlah dan kami menjadi sepasang kasih yang cukup mesra. Cuma kadangkala aku tidak dapat memberi perhatian sepenuhnya kepada dia menyebabkan dia rasa sunyi. Kesunyian itu akhirnya terubat apabila dia mendapat kawan baru, seorang lelaki yang katanya baik hati. Aku tidak menghalang dia untuk berkawan dengan sesiapa saja yang dia rasa selesa untuk bersama, cuma aku terkilan kerana dia tidak pernah mahu mengaku bahawa ketika itu aku adalah kekasihnya di hadapan orang lain.

Katanya takut apa yang dia sebut tidak menjadi, dan juga takut kawannya akan meninggalkan dia apabila mengetahui dia adalah kekasih aku.

Cuba memperbaiki kehidupan, dia memohon pekerjaan yang menyebabkan dia terpaksa berpindah ke negeri lain. Aku terima alasannya memohon dan menrima pekerjaan tersebut. Dia bertolak ke tempat baru, perjalanan yang mengambil masa 5 jam dengan ditemani oleh kawan lelaki yang baru dikenalinya dan seorang rakan lelaki dari tempat dia bakal bertugas.

Selepas menerima balasan sms darinya sehari selepas berada di tempat baru, aku berkesempatan becakap dengannya di telefon. Nada suaranya girang dan gembira, katanya baru balik dari berjalan-jalan meneroka tempat baru bersama kawan lelakinya. Dalam hatiku timbul perasaan cemburu, aku cuma menyampaikan padanya secara sinis. Aku harap dia pandai menjaga cinta kami walaupun bersama kawan lelaki baru.

Sehinggalah pada pagi 10 Jun yang lalu, dia membalas sms ucapan selamat pagiku dengan sesuatu yang menyentak perasaan.

Katanya, jangan hubungi dia lagi. Jangan cuba untuk mencari dia.

Wajahku yang mulanya senyuman apabila telefon berbunyi menandakan ada sms diterima, melihat ada sms kirimannya, terus berubah dan dadaku berdegup kencang apabila sms itu aku baca. Sedangkan 3 jam sebelum itu kami bersembang mesra, dengan penuh rasa rindu dan cinta.

Aku benar-benar tidak tahu apa yang terjadi, tapi menurutnya dia telah cukup tersiksa dengan dugaan mencintaiku. Dia tersiksa dengan perasaan cemburu orang lain yang menghantar sms kepadanya mengatakan pelbagai perkara yang buruk tentang dirinya.

Dia mahu berpisah denganku. Dan seperti yang aku jangka, dia menyatakan hasrat dia untuk bersama-sama kawan lelaki barunya itu, menerima dia sebagai kekasih. Katanya, kawannya itu pandai mengambil hatinya dan boleh membinbingnya dan dia rasa selesa.

Apabila aku menyatakan perasaan kecewa dan sedihku, dia kata aku tidak faham kehendaknya. Dan apabila aku berkata aku terpaksa menunaikan janjiku jika perkara ini terjadi, dia menjadi marah. Dia berkata aku cuba menghancurkan hidupnya dan dia tidak ingin lagi menjadi seorang yang baik.

Dia mengugut aku untuk mengubah cara hidupnya. Tanpa ada rasa hormat padaku, dia berkata dia mahu mengadakan hubungan intim dengan kawan lelakinya, yang ketika ini duduk di rumah yang sama, untuk memusnahkan dirinya. Terasa seperti gugur jantung ini, satu demi satu dugaan diberikan dalam masa yang singkat.

Tak sempat aku bangkit aku telah dihentak semula tersungkur ke bumi.

Apa dayaku ketika itu. Tanpa aku tahu dia dan kawannya itu berada di mana selepas berpindah, aku menjadi tidak menentu. Hasilnya, kedua-dua lengan ini aku hiris dengan pisau, tersiat daging mengalirkan darah. Sakit di dalam hati lebih parah dari sakit luka di tangan.

Selepas aku menerimanya kembali, setelah memaafkan perbuatanya dulu, sekali lagi aku disingkirkan tanpa belas ihsan. Aku cuba merayu tapi nyata hatinya menjad batu, perasaan sayang dan cintanya padaku seolah-olah telah hilang dalam sekelip mata.

Tiada lagi nafasku, bila dia berkata dia akan mencurahkan rasa hatinya kepada kawan lelakinya itu, dan akan bersama-sama dia untuk mencipta kebahagiaan baru. Dan aku terus terdiam.

Apa yang aku tahu, aku tetap mencintai dirinya hingga ke akhir hayatku. Aku akan terus setia pada cinta ini, walaupun kini dia bersama insan lain, insan yang menggantikan aku sebagai tempat dia mencari kebahagiaan. Cinta aku padanya sampai ke hujung nyawa, dan ia akan kekal begitu walaupun aku telah disingkirkan, ditinggalkan dan berseorangan.

Tahniah untuk dia, takziah untuk diriku.

Categories:

Leave a Reply