12th WARRIORS

“Arghhhhh!!!”

Walaupun zahirnya aku nampak tenang, aku nampak ceria, tapi jauh di sudut hati, perasaan aku tertekan.

Mereka yang ada di sekeliling nampak aku gembira. Aku tidak menunjukkan rasa resah dan gelisah yang sekarang ini membatu di dalam dada. Aku rasa kehilangan, dan perasasan itu amat menyakitkan. Setiap saat ia menghiris-hiris hati ini, membuat aku resah dan sentiasa dalam kesakitan.

Antara sukar dan senang, mungkin tidak masuk akal apabila aku memilih yang sukar. Walaupun dalam keadaan tidak teratur, aku tidak tertekan seperti ini, membuatkan setiap perwatakan aku seperti satu lakonan yang menggembirakan insan lain, tapi melukakan hati sendiri.

Antara sana dan sini, aku gusar dan sentiasa resah. Perasaan jadi tidak menentu. Dan semuanya aku cuba lindungi dengan kesibukan tugas yang ada. Memberikan 150% walhal ia tidak perlukan aku berbuat demikian.

Ada insan yang aku rindukan, ada suasana yang aku rindui, Ada kehidupan yang aku kehilangan.

Cuma rindu ini yang mengukuhkan kejujuran dan kesetiaan aku pada cinta yang terbina. Biar jauh di mata, aku mahu kehangatan rasa cinta tetap kekal di dalam hati ini. Aku mahu terus berpegang pada kunci kekuatan cinta ini, jujur dan setia.

Setiap saat yang aku hilang akan aku tuntut ia kembali. Cinta ini adalah nadiku, dan aku takkan biarkan ia berhenti berdenyut selagi aku mampu.

Aku menyintai dia sepenuh hatiku, sehingga hujung nyawa, semua berkekalan dan berlanjutan hingga ke syurga.

Di kota, walaupun selesa dan bebas, aku masih mendambakan hidup aku di kuala. Walaupun penuh dugaan, penuh sekatan, aku selesa. Aku tidak mencari bahagia yang lain, kerana bahagia aku adalah bersamanya.

Biar di kuala, aku akan mundar-mandir ke muara. Biar berselut tubuh ini, aku puas dan aku bahagia. Dia adalah kebahagiaanku, walaupun dia hanyalah penghuni kuala.

Categories:

Leave a Reply