12th WARRIORS


Teka teki siapakah enam protege yang terpilih untuk berentap dalam musim ke-5 bersama barisan Mentor masing-masing sudah terjawab apabila enam orang mentor sudah pun membuat pilihan siapa yang bakal bergandingan dengan mereka untuk menjayakan Mentor musim kelima ini.


Salma, Ayish, Ratnah, Shiha, Aiman dan Iqa, enam protege yang berjaya mengharungi sesi ujibakat yang disertai oleh ribuan orang dan bakal membuktikan kemampuan diri mereka untuk berentap di gelanggang Mentor 5 ini untuk merebut hadiah wang tunai RM100,000 dan sebuah kereta Chevrolet Cruze.

Penerbit Eksekutif dan Pengarah Mentor musim ke-5, Muhamad Sufian Isa berkata, “Populariti program Mentor telah menyuntik semangat kepada kru produksi dalam pembikinan musim terbaru ini. Kali ini, kami menerima penyertaan hampir 3 ribu orang di 6 sesi uji bakat dan kiriman demo nyanyian. Barisan Mentor telah melakukan pemilihan dengan amat teliti sehingga Rahim Maarof telah mengadakan sesi uji bakat yang kedua bagi mendapat calon yang paling layak. Maklumlah, gandingan mentor dan protege perlu serasi dan memberikan komitmen penuh bagi menjayakan pertandingan yang berlangsung selama 3 bulan ini.”

Keenam-enam protege telah memulakan sesi latihan dan persiapan rapi bersama Mentor mereka bagi menjayakan konsert pengenalan yang akan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam pada 6 Mac 2011 jam 9.00malam.

Selepas itu, mereka akan dibahagikan kepada dua kumpulan dan membuat persembahan sebanyak empat kali di konsert mingguan yang diadakan secara berselang-seli antara Kumpulan A dan B bagi mengumpul markah. Protege yang mendapat markah terendah dari setiap kumpulan akan disingkirkan.

Dua protege dari Kumpulan A dan B akan digabungkan di peringkat separuh akhir dan bertanding selama dua minggu sebelum menentukan siapakah finalis yang bakal berentap di peringkat akhir Mentor.


Mentor : Erra Fazira
Nama Penuh : Salmah Binti A. Asis
Nama Panggilan : Salma
Bangsa / Agama : Melayu/Islam
Asal : Tawau, Sabah
Umur : 21
Jantina : Perempuan
Pekerjaan : Kerani

Mentor : Noh Hujan
Nama Penuh : Muhammad Faris Bin Mohamed Razali
Nama Panggilan : Ayish
Bangsa / Agama:Melayu/Islam
Asal : Shah Alam, Selangor
Umur : 21
Jantina : Lelaki
Pekerjaan

Mentor : Rahim Maarof
Nama Penuh : Aiman Hakin Bin Ridza Abdoh
Nama Panggilan : Aiman
Bangsa / Agama : Islam
Asal : Shah Alam, Selangor
Umur : 22
Jantina : Lelaki
Pekerjaan : Pelajar















Mentor : Datuk Sharifah Aini
Nama Penuh : Nurshiha Binti Mohd Zikir
Nama Panggilan : Shiha
Bangsa / Agama : Islam
Asal : Kuala Lumpur
Umur : 24
Jantina : Perempuan
Pekerjaan : Sendiri
















Mentor : Edry Abd Halim
Nama Penuh : Nursyafiqah Nasratullah Bt Mohd Nor
Nama Panggilan : Iqa
Bangsa / Agama : Islam
Asal : Ampang, Selangor
Umur : 25
Jantina : Perempuan
Pekerjaan : Eksekutif Insuran















Mentor : Afdlin Shauki
Nama Penuh : Ratnah Bt Awal
Nama Panggilan : Ratnah
Bangsa / Agama : Islam
Asal : Ampang, Selangor
Umur : 26
Jantina : Perempuan
Pekerjaan : Penari Sambilan

Categories:

Leave a Reply