12th WARRIORS


Karnival Pendidikan MARA kini kembali lagi, lebih segar dan lebih sensasi dengan penglibatan lebih banyak institusi awam dan swasta di seluruh negara.


Sekiranya tahun lalu Karnival Pendidikan MARA hanya diadakan di enam (6) buah lokasi, kali ini KPM bakal melebarkan sayapnya dan menjelajah ke lapan (8) lokasi bermula di Alor Setar pada 1-2 Mac 2011, diikuti Johor Bahru pada 5-6 Mac 2011 kemudian diteruskan di peringkat Kebangsaan di PWTC pada 11-13 Mac 2011, seterusnya menyusul ke Kuala Terengganu pada 15-16 Mac 2011 dan diteruskan ke Kota Bharu pada 19-20 Mac 2011. 

Penjelajahan karnival diteruskan lagi ke Sarawak pada 25-26 Mac 2011, diikuti Sabah pada 29-30 Mac 2011 dan penjelajahan Karnival Pendidikan MARA 2011 ke seluruh Malaysia akan melabuhkan tirainya di lokasi terakhir iaitu di Ipoh pada 9-10 April 2010 dari jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang.

Dengan catatan jumlah pengunjung seramai lebih 200 ribu pada setiap tahun, Karnival Pendidikan MARA terus menjadi platform terbaik bagi MARA mendekati masyarakat setempat bagi menyebarkan maklumat mengenai peluang-peluang pendidikan dan kerjaya masa kini. 

Kelainan Karnival Pendidikan MARA Peringkat Kebangsaan di PWTC, MARA akan turut mengadakan Pameran Kerjaya dan Temuduga Terbuka. Syarikat-syarikat terlibat akan mengadakan sesi temuduga terbuka untuk pengambilan pekerja.

Sepanjang Pameran Kerjaya ini juga, MARA akan turut mengadakan beberapa siri seminar kerjaya meliputi panduan mencari kerjaya yang sesuai, tips menghadiri temuduga dan panduan soft skillsyang diperlukan untuk menghadiri temu duga. 

Pengunjung juga boleh mendaftar secara percuma untuk menjadi ahli Pusat Sumber Kerjaya MARA yang menyediakan kemudahan dalam urusan pencarian pekerjaan.


Categories:

Leave a Reply